Farah Nabila. Siapa saya?
Nama diberi Farah Nabila binti Mohd Fadzli. Saya berumur 20 tahun dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum ini, saya merupakan pelajar Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UniSZA. Saya sangat meminati Program ini kerana saya suka mengajar murid-murid di sekolah rendah. Mengapa? Kerana mereka sangat menghormati dan menghargai saya sebagai guru mereka. Saya ingin menyambung impian saya di dalam jurusan ini di UPM. UPM merupakan universiti pilihan utama saya. Walauagaimanapun, rezeki tidak memihak kepada saya, dan saya ditawarkan di dalam Program Bacelor Komunikasi yang merupakan pilihan kelima saya. Walaupun ini bukan apa yang saya inginkan tapi saya percaya sesuatu benda yang berlaku mempunyai hikmah dan saya besedia untuk menggalas tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar yang komited.