Bacelor Komunikasi

Setelah mendaftar pada 18 September 2017 yang lalu. Saya dan rakan-rakan menjalani program orientasi selama 2 hari. Kolej Ke-12 merupakan kolej kediaman saya  dan saya tinggal di aras 5. Saya berasa kasihan melihat keluarga mengangkat barang-barang saya sehingga ke tingkat 5. Suasana di kolej saya sangat menyeronokkan dan saya berasa selesa tinggal di situ.

Hari kedua saya di UPM akan menjadi hari yang paling saya ingati kerana ia merupakan kali pertama di dalam hidup saya untu berebut-rebut dengan pelajar yang lain untuk ke kuliah. Sebelum ini di UniSZA saya hanya berjalan kaki ke kuliah kerana jarak antara kolej dengan fakulti hanyalah 5 minit.

Sampainya saya dan rakan-rakan ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , kami diberi taklimat mengenai hal-hal yang berkaitan Fakulti dan program yang ditawarkan. Saya berasa amat terkejut dengan subjek yang perlu diambil selama 3 tahun setengah di UPM kerana ia sangat berbeza ketika saya belajar Diploma TESL dahulu.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah pengahalang untuk saya mengecapi cita-cita saya untuk berjaya suatu hari nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Larian merentas Kampus

Aktiviti Explorace

MITS Kolej Ke-12