Impianku

UPM? Adakah ini hanyalah itu satu mimpi? Atau satu realiti? Ya. Impian saya untuk menyambung ijazah ke UPM tercapai. UPM merupakan universiti pilihan pertama saya. Saya merupakan pelajar ambilan kedua di dalam program Bacelor Komunikasi. Walaupun program ini program pilihan kelima saya dan saya amat bercita-cita tinggi untuk menyambung ijazah di dalam program TESL, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang ke menara gading. Hendak dibandingkan dengan puluhan ribu orang yang masih tidak dapat menyambung pelajaran saya seharusnya bersyukur dengan rezeki  yang telah Allah berikan kepada saya.
Percayalah sesuatu rezeki yang Allah telah kurniakan maka ia memberi hikmah yang besar buat kita. Saya percaya dengan kata-kata itu. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh untuk membuat ibu bapa saya bangga dan menjadi contoh kepada adik-adik saya kelak.

Comments

Popular posts from this blog

Larian merentas Kampus

Aktiviti Explorace

MITS Kolej Ke-12