5 bulan selepas menjadi Guru Praktikum




Setelah lima bulan aku meninggalkan dunia praktikum, aku kembali semula ke Sk Pulau Rusa, Terengganu untuk berjumpa dengan murid-murid kesayanganku. Aku telah merancang perkara ini begitu lama kerana aku terlalu rindu akan mereka. Mereka selalu menelefon aku bertanya bila aku mahu bertemu dengan mereka. "Teacher, bila nok mari sini? kita semua rindu ke teacher," ujar seorang pelajarku.

Pada 23 Oktober 2017, aku akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UniSZA kerana sebelum ini aku merupakan pelajar diploma di sana. Di kesempatan itu, aku mengambil peluang untuk berjumpa dengan mereka.

Aku bertolak ke Terengganu bersama keluargaku pada hari Sabtu. Aku berjumpa dengan mereka pada hari Ahad kerana di sana sekolah bermula pada hari Ahad. Setibanya aku disana aku berjumpa dengan Pakcik Guard. Dia terkejut melihatku kerana sudah lama tidak berjumpa. Aku memarkir keretaku bersebelahan dengan pondok. Pada awalnya, pelajarku tidak mengenaliku kerana aku memandu kereta yang berbeza. Setelah aku membuka tingkap kereta, mereka begitu terkejut sehinggakan mereka berlari kepadaku. Apabila aku keluar dari perut kereta, aku terus memeluk mereka.

Setelah itu, aku menuju ke dewan kerana mereka berkumpul di sana. Mereka berkumpul disana kerana Jabatan Pertahanan Awam membuat pertunjukan ular di sekolah itu. Pada mulanya, aku hanya ingin bertemu dengan dua orang ustaz di hadapan dewan dan aku tidak perasan yang mereka berada di dalam dewan tersebut. Setelah aku tiba di hadapan dewan, aku berbual bersama ustaz-ustaz tersebut dan aku begitu terkejut bahawa murid-muridku berlari keluar dewan untuk bersalam denganku. Kesemua murid keluar untuk bersalam denganku. Pegawai JPAM hanya tesenyum melihat gelagat mereka.

Hampir dua jam aku berada di SK Pulau Rusa. Aku mengambil gambar serta berbual bersama-sama guru-guru dan murid-murid di situ. Aku merasa gembira kerana murid-muridku ramai mendapat 4-6 A. Aku bersyukur kerana ilmu yang dicurahkan membuahkan hasil.

Aku berharap aku dapat bertemu dengan mereka semula jika mempunyai kelapangan.

Comments

Popular posts from this blog

Larian merentas Kampus

Aktiviti Explorace

MITS Kolej Ke-12