A Doll's House
A doll's house merupakan drama yang dianjurkan oleh Sek. Akademik Kolej 12. Aku dan rakan-rakanku merupakan kru bagi drama ini.
Pada mulanya rakan-rakanku mengajakku untuk menguji bakat hanya untuk mendapat merit. Apabila kami tiba di tempat uji bakat tersebut mereka meminta aku untuk menjadi pelakon ataupun pengacara majlis. Aku menolak tawaran tersebut kerana aku tidak suka menghafal skrip. Oleh itu, aku dipilih untuk menjadi kru. Aku bersetuju kerana sekurang-kuragnya aku dapat menyumbang sesuatu kepada Kolejku.
Sepanjang latihan drama ini berlangsung aku perlu membuat props dan pakaian bersama rakan-rakanku yang lain. Walaupun penat kami tetap bersemangat untuk membuat tugasan kami.
Semasa drama tersebut berlangsung, semua perkara berjalan dengan lancar. Kru- kru yang lain memuji props yang telah kami buat. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada program ini
Comments
Post a Comment