Aku Alumni UniSZA
Setelah 2 tahun aku belajar di UniSZA. Alhamdulillah. Sijil Diploma berjaya aku genggam. Pada 23 Oktober 2017 namaku telah diumumkan sebagai salah seorang penerima sijil diploma di dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).
Pada hari tersebut, ibu, ayah, adik dan sepupuku hadir untuk memberi sokongan kepadaku. Aku rasa bersyukur kerana diberi peluang sebegini rupa. Aku melihat ibu dan ayahku tersenyum gembira dan bangga dengan anak sulung mereka.
Selain itu, aku dapat berjumpa dengan rakan karibku iaitu Emmy. Emmy masih belajar di UniSZA di dalam program Bacelor Komunikasi Bahasa Inggeris. Aku berasa teruja ketika bertemu dengannya. Banyak kenangan suka dan duka kami kongsi bersama ketika zaman Diploma kami dahulu.
Aku berasa bersyukur dan gembira kerana aku berjaya mendapat sijil diploma ini. Aku berharap aku dapat meneruskan lagi perjuanganku di UPM ini seterusnya mendapat segulung ijazah buat diri dan ibu bapaku.
Comments
Post a Comment