Program Jalinan Kasih




Pada 9 dan 10 Disember yang lalu, aku telah mengikuti Program Jalinan Kasih bersama anak-anak yatim di Sungai Buloh. Program ini dijalankan selama dua hari. Program ini merupakan projek mega untuk subjek kokurikulum Bakti Siswa. Kumpulan 21 dan 30 bergabung untuk menjayakan program ini. Seramai 60 orang peserta yang menyertai program ini. Penghuni Rumah Anak Yatim ini pula ialah seramai 98 orang dari umur 4 bulan sehingga 17 tahun.

Setibanya aku disana aku merasa teruja melihat mereka kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan kanak-kanak. Apa yang membuat aku lebih teruja lagi adalah sikap mereka yang saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain walaupun berbeza latar belakang. Aku dapat melihat kanak-kanak yang sebaya dengan adikku iaitu 8 tahun mengambil dam menyuap nasi kepada kanak-kanak yamg berumur 3 tahun. Perkara tersebut membuatkan aku tersentuh dan terharu. Aku mengambil kesempatan selama dua hari tersebut untuk melayan anak-anak yatim tersebut dengan baik. Aku dapat menyuap makanan kepada kanak-kanak yang berada di situ semasa mereka makan tengah hari. Aku tidak mensia-siakan peluang yang Allah berikan kepada aku ini.

Banyak perkara yang kami lalui sepanjang program ini berlangsung. Anak-anak yatim di sana sangat suka menyanyi dan menari. Pada hari terakhir aku dipanggil ke atas pentas untuk mengetuai nyanyian dan pergerakan lagu Gemuruh dan Standing In the Eyes secara spontan. Aku berasa terkejut tetapi anak-anak yatim ini aku sanggup melakukannya.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. Melalu subjek Bakti Siswa ini banyak yang aku pelajari daripada fasilitato dan rakan-rakanku serta anak-anak yatim. Melalui fasilitatorku, aku dapat belajar cara menguruskan program. Walaupuna agak sukar tetapi kami dapat melaluinya dengam kejayaan yang manis sekali. Jika diberi peluang aku akan mengikuti program seperti ini lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Larian merentas Kampus

Aktiviti Explorace

MITS Kolej Ke-12