Berkelah bersama keluarga
Cuti pertengahan semester merupakan perkara yang ditunggu-tunggu okeh para pelajar UPM termasuklah diri saya sendiri. Walaupun banyak tugasan yang perlu disiapkan, ini tidak bermakna aktiviti keluarga harus diketepikan. Pada 18 Oktober iaiatu Hari Deepavali, ayah saya membawa kami sekeluarga berkelah di Melaka bersama rakan-rakan sekohnya yang lain. Pelbagai makanan dibawa oleh setiap ahli keluarga. Ibu saya menyediajan bubur jagung dan bubur jagung merupakan makanan kegemaran saya. Kami berasa seronok kerana dapat meluangkan masa bersama.