Posts

Showing posts from December, 2017

Program Jalinan Kasih

Image
Pada 9 dan 10 Disember yang lalu, aku telah mengikuti Program Jalinan Kasih bersama anak-anak yatim di Sungai Buloh. Program ini dijalankan selama dua hari. Program ini merupakan projek mega untuk subjek kokurikulum Bakti Siswa. Kumpulan 21 dan 30 bergabung untuk menjayakan program ini. Seramai 60 orang peserta yang menyertai program ini. Penghuni Rumah Anak Yatim ini pula ialah seramai 98 orang dari umur 4 bulan sehingga 17 tahun. Setibanya aku disana aku merasa teruja melihat mereka kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan kanak-kanak. Apa yang membuat aku lebih teruja lagi adalah sikap mereka yang saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain walaupun berbeza latar belakang. Aku dapat melihat kanak-kanak yang sebaya dengan adikku iaitu 8 tahun mengambil dam menyuap nasi kepada kanak-kanak yamg berumur 3 tahun. Perkara tersebut membuatkan aku tersentuh dan terharu. Aku mengambil kesempatan selama dua hari tersebut untuk melayan anak-anak yatim tersebut dengan ...

A Doll's House

Image
A doll's house merupakan drama yang dianjurkan oleh Sek. Akademik Kolej 12. Aku dan rakan-rakanku merupakan kru bagi drama ini. Pada mulanya rakan-rakanku mengajakku untuk menguji bakat hanya untuk mendapat merit. Apabila kami tiba di tempat uji bakat tersebut mereka meminta aku untuk menjadi pelakon ataupun pengacara majlis. Aku menolak tawaran tersebut kerana aku tidak suka menghafal skrip. Oleh itu, aku dipilih untuk menjadi kru. Aku bersetuju kerana sekurang-kuragnya aku dapat menyumbang sesuatu kepada Kolejku. Sepanjang latihan drama ini berlangsung aku perlu membuat props dan pakaian bersama rakan-rakanku yang lain. Walaupun penat kami tetap bersemangat untuk membuat tugasan kami. Semasa drama tersebut berlangsung, semua perkara berjalan dengan lancar. Kru- kru yang lain memuji props yang telah kami buat. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada program ini

Majlis Konvokesyen UPM

Image
Pada Majlis Konvokesyen UPM yang lalu, aku dan rakan-rakan daripada Bakti Siswa kumpulan 30 telah dipilih untuk menjadi sukarelawan pada hari terakhir Majlis Konvokesyen.  Peluang seperti ini tidak akan kami sia-siakan kerana kami dapat melihat suasana apabila senior-senior kami mendapat segulung ijazah. Selain itu, aku dapat mempelajari ilmu baru kerana melalui konvokesyen ini aku dapat mengenali jenis-jenis jubah kerana setiap jubah adalah berlainan mengikut peringkat ijazah, sarjana muda dan doktor falsafah. Melalui aktiviti sukarelawan ini, ia memberi semangat kepadaki untuk mencapai cita-citaku supaya aku berusaha untuk berjaya seperti senior-seniorku dan dapat menggenggam segulung ijazah kelak.

Larian merentas Kampus

Image
Larian merentas Kampus ini merupakan acara yang aku tidak pernah alami semasa zaman diploma aku dahulu. Hal ini disebabkan aku malas mengikuti program-program tersebut. Aku lebih suka mengikuti program atau aktiviti seperti festival. Berlainan UPM, aku lebih terbuka untuk melibatkan diri di dalam semua jenis program. Salah satunya ialah acara larian ini. Aku dan rakan-rakanku mengikuti larian ini kerana ingin melihat susana, mendapat pengalaman dan mendapat merit kolej. Bagi peserta perempuan, kami perlu berlari sejauh 5km seingatku. Walaupun penat kami tetap seronok kerana kami dapat melihat UPM dengan lebih luas. Aku berharap aku dapat menyertai larian seperti ini lagi.

Aku Alumni UniSZA

Image
Setelah 2 tahun aku belajar di UniSZA. Alhamdulillah. Sijil Diploma berjaya aku genggam. Pada 23 Oktober 2017 namaku telah diumumkan sebagai salah seorang penerima sijil diploma di dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Pada hari tersebut, ibu, ayah, adik dan sepupuku hadir untuk memberi sokongan kepadaku. Aku rasa bersyukur kerana diberi peluang sebegini rupa. Aku melihat ibu dan ayahku tersenyum gembira dan bangga dengan anak sulung mereka. Selain itu, aku dapat berjumpa dengan rakan karibku iaitu Emmy. Emmy masih belajar di UniSZA di dalam program Bacelor Komunikasi Bahasa Inggeris. Aku berasa teruja ketika bertemu dengannya. Banyak kenangan suka dan duka kami kongsi bersama ketika zaman Diploma kami dahulu. Aku berasa bersyukur dan gembira kerana aku berjaya mendapat sijil diploma ini. Aku berharap aku dapat meneruskan lagi perjuanganku di UPM ini seterusnya mendapat segulung ijazah buat diri dan ibu bapaku.

5 bulan selepas menjadi Guru Praktikum

Image
Setelah lima bulan aku meninggalkan dunia praktikum, aku kembali semula ke Sk Pulau Rusa, Terengganu untuk berjumpa dengan murid-murid kesayanganku. Aku telah merancang perkara ini begitu lama kerana aku terlalu rindu akan mereka. Mereka selalu menelefon aku bertanya bila aku mahu bertemu dengan mereka. "Teacher, bila nok mari sini? kita semua rindu ke teacher," ujar seorang pelajarku. Pada 23 Oktober 2017, aku akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UniSZA kerana sebelum ini aku merupakan pelajar diploma di sana. Di kesempatan itu, aku mengambil peluang untuk berjumpa dengan mereka. Aku bertolak ke Terengganu bersama keluargaku pada hari Sabtu. Aku berjumpa dengan mereka pada hari Ahad kerana di sana sekolah bermula pada hari Ahad. Setibanya aku disana aku berjumpa dengan Pakcik Guard. Dia terkejut melihatku kerana sudah lama tidak berjumpa. Aku memarkir keretaku bersebelahan dengan pondok. Pada awalnya, pelajarku tidak mengenaliku kerana aku memandu kereta yang berb...